Labels

AKA (1)

Saturday 29 October 2011

Hobin Jang Hobin!!!



Berkat..lah Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan..
Kurniai sihat dan makmur 
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekelian dan setia
MUSUHNYA HABIS BINASA
Berkat lah Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan...


Ini lah lagu yang berkumandang dalam Stadium Shah Alam malam semalam atas kemenangan Skuad Hobin Jang Hobin merangkul Piala Malaysia buat kali ke -3 selepas tahun 1948 dan 2009..  Aku sebagai anak Nogori Sembilan rase amat - amat bangga dengan kejayaan ni..Tak sia - sia aku, Mizah ngan beberapa orang akak senior semalam bersorak depan bilik tv blok B ni bagi semangat kat diorang ( walaupun diorang tak dengar..hikhik..) 
Mula - mula Ashari Samsudin masokkan gol untuk Ganu..memang rasa 'down' giler la emosi kitorang sebab rasa macam  dah nak kalah dah..punye la banyak peluang tapi terbuang macam tu je..hukhuk ( aku lak yang pandai - pandai..cehh..si penyokong Penyu ada 2 orang jek semalam dalam tu ( si Diana ngan Aina) mule - mule memang diorang bersorak giler kentang la sebab Ganu dah gol 1...  Kak Fiqah siap datang bilik tv lagi pastu  tanya " sape penyokong Terengganu kat sini? 2 orang je? lain? saje je tanye sebab ada jersi Terengganu ni..kalau nak pakai...hehehe" cehhh.....Tapi Rusa tak penah mengalah..tak lame lepas tuh S. Kunanlan dengan ketangkasan kakinya  masokkan gol dan menewaskan Sarbinee ( keeper Ganu ).. Huiiii..memang santekk dan terbaekk la.. start pada tu si Aina ngan Diana da mule angkat punggung dah...( mungkin diorang da rasa bahang kekalahan kot bila Nismilan da msok 1 gol..hekhek,,)

Tak lame lepas tu ( dalam 5 minit kot ) Hai - O pulak masukkan gol untuk naikkan lagi semangat Rusa.. huhhh..memang terbaekk...( aku da cakap, si Hai - O ni tak leh nak tanduk sebab kepala beliau licin...) nasib baik semalam beliau masukkan gol guna kaki..hakhak... Lepas tu perlawanan makin bertambah rancak tapi memang Nismilan banyak kuasai bola la semalam..huhu..lepas masa tambahan 5 minit masa kecederaan...Prrrrriiiiiiiiiitttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Wisel dibunyikan menandakan Piala Malaysia kali ni jadi milik Skuad Rusa..syabas behte...syabas...hehehe..=D


Ni la 'abe - abe' yang bawak kemenagan untuk Nismilan semalam..Hebatla!! huhuhu..
( yang aku kenal kat dalam gambar ni just Hafiz Zamani (xde dlm gmbr), Hairuddin Omar, Aidil, Farizal (keeper) , Shukor Adan (kepten) ngan Kuananlan..hukhuk)

* rase eh si Fakhri Shaarani tuh tak main pon semalam..tapi kenapa gmbr beliau ada di situ??hikhik..

Tuesday 25 October 2011

Aku bersalah..!!

Hari ni hari last kat Eye Clinic..Hmm..so far so good la..no problemo..cume tadi jek kesengalan aku buat hal lagi..huhuh..memang salah aku..ade sorang uncle tu masok bilik untuk buat ujian penglihatan..pastu aku buat kan la untuk beliau...pastu aku tengok kat kertas ijau tu ade tulis 'DBE'...bila da tulis macam tu maksud nya kene dilate la mate dia..aku pon dengan kompiden eh men'dilate' la mata uncle tuh..pastu aku suruh uncle tu tunggu kat luar..

Tak lama lepas tu Dr. Kevin datang dekat aku ngan Kak Hanis..( time tu kitorang je yang tinggal kat bilik tu sebab yang lain tah pegi mane ntah..) Dia cakap : " Kenapa dilate mata patient ni?? U tak baca dulu ke?? cuba U baca..dia tulis apa..Siapa yang buat ni??" Aku punye la berderau darah tengok dia...time tu aku teringat masa kat wad 5 dia macam singa lapar marah SN Aisyah sebab tak buat order yang dia suruh..series..memang cuak tahap gaban giler aku tadi..rase macam darah kat bahagian upper limb aku tuh da tak de dah..haha

Pastu aku ngan Kak Hanis datang kat meja dia..." Mintak maaf doktor " Kitorang dengan rasa diri yang amat rendah mintak maap..huhu..pastu dia cakap " Ok, tapi next time jangan buat lagi ho..kalau perkara tu mendatangkan bahaya pada patient macam mana..Lain kali U kene tengok betol - betol ho..Dah..patient ni tak ada ape - ape...saya dah buang ubat tuh.." Lalu kami pon beredar dengan muka yang sebal..hukhuk...
Series..sengal amat la aku hari ni..tapi memang aku kompiden kene dilate sebab kat luar tulis lain..kat dalam pulak tulis lain..huhh..nasib baik tak harm patient..and nasib baik 'Si Singa Lapar' tuh tak makan aku hari ni..kalau tak..memang tak de la aku nak meng'updte; belog aku nih..huhhuhuh..Hawa..Hawa..


Ok..ni adalah bayangan bagi Dr Kevin jika beliau  bertukar seperti Singa Lapar tadi..hukhuk..

* Maaf dokter..gurau sje maaa...heee..=D

Saturday 22 October 2011

Kelebihan Zikir..

Kat sini meh aku nak kongsi sikit pasal kelebihan berzikir...( ni aku kopi dari website i luv islam...) tengs kepada pengeposnya..huhu ^_^


Terngiang-ngiang bayangan Masjid Pondok Pasir Tumboh, masjid yang menjadi tempat solatku sejak umur lima tahun lagi, kali ini saya hendak berkongsi pengalaman ketika belum terbang ke Mesir lagi.
Selepas solat Subuh di masjid itu, ada majlis berzikir sehingga pukul lapan pagi. Sememangnya pada permulaannya malas juga hendak berzikir lama-lama tetapi ketika berada dalam keadaan menganggur di rumah semasa menunggu resultSPM, saya cuba juga kuatkan diri ini menyertai majlis zikir ini.
Beberapa minggu selepas itu, aku merasai seperti ada kelainan selepas aku menyertai majlis zikir itu. Biasanya selepas solat Subuh aku terus tidur tetapi tidak dapat lelapkan mata ini walaupun aku tidur lewat malam.
Tetapi jika hari itu aku tidak menyertai majlis tersebut, letak sahaja kepala atas bantal, pasti terlelap. Aku pelik mengapa berlaku seperti itu, sehinggalah aku mendapat maklumat tentang kelebihan berzikir dalam sudut Sains ini.
Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T, sepertiSubhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering."
Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Jadi tunggu apa lagi, jom zikir.

Friday 21 October 2011

Result oh result...



Sedehnye tengok result Formatif aku.... even tertulis kat board tu aku  LULUS tapi pada dasarnya aku ada fail 1 paper iaitu Medical..ohh..tidak!!!! Hmmm..tu lahh..bace buku tak nak..pemalas..dah kuar  result baru padan dengan muka tuh..Ohhh..kate orang pandai..hah amek ko kene kat batang idong sendiri...

Tapi aku rasa memang aku selayaknya Fail Medical sebab masa soalan MEQ tu ada soalan yang aku memang betol - betol tak dapat jawab dan hasilnya...inilah...aku memang menulis sesedap rasa je time tuh..memang tak ada  idea langsung nak tulis ape..Hawa..Hawa..bawak - bawak lah study Hawa oiii..jangan jadi insan yang pemalas buleh tak...?? macam mane nak berjaya kalau malas macam ni..orang lain ko tak yah ikot..diorang semua tak study pon semua benda ada dalam kepala tapi ko??? ape bende je yang ada dalam kepala ko tuh?? habuk pon tara...apedaaa...

Subjek lain result semua ok tapi bab medical yang aku Fail..hari tu kuar soalan pasal Maningitis @ maningeal irritation..soalan a) aku dah stuck dah..manifestasi klinikal maningeal irritation..itu yang aku tak dapat jawab tu sampai aku menulis sesedap rasa aku..har..har..har.. Tolonglah sedar diri wahai Cik Hawa..Exam Sumatif da dekat nih..huhuhuh


Ya Allah Ya Tuhan ku..Jadikanlah aku sorang Jururawat yang dapat  berkhidmat kepada masyarakat sekelilingku dengan perkhidmatan yang cemerlang..ameenn..^_^

Sunday 16 October 2011

Baru punyer!!




Hehehe..semalam kuar beronggeng ngan Ainab, sama Hamizah..beli barang - barang dapur sikit..pastu pegi menjejakkan  kaki ke PC Fair kat Jubli Intan... Perrghh!! gamai tara payah cerita la..memang 'berjombik' orang..huhuhuh..Ape pon dalam keramaian tuh aku berjaya beli barang yang aku nak..beli vacuum habuk je kott..untuk laptop kesayangan aku nih..hakhak..(bunyi poyo je kott..)

*info : 'berjombik' tu dalam bahasa nogori adalah orang yang terlalu ramai..hehe

Sebelum tuh pergi usha fon ( hajat hati nak beli Nokia c2 - 03 je..) tgk kat bhgn atas..hrga da ok tapi wne yg aku nak plak xde..pastu kt bawah plak wne aku nak dh ade tp hrge plak xleh kurang..jalan punye jalan lagi...singgah kat kedai celcom..( sebelah kedai Maxis) dan Ainab pun memulakan skill dia sebagai jurujual yang agak kurang bertauliah untuk suruh aku beli Samsung..akak kat kedai tu pon suggest aku beli samsung sebab beliau kata, nokia tak banyak function sangat..huhu..

Mula - mula usha Champ je, patu usha Galaxy Mini plak..Last - last usha Galaxy Ace..hati aku berkira - kira nak beli..pastu beli jela..alang - alang dah kluar tuh (sebenar eh aku memang da lame niat nak beli henfon baru pakai duit yang ak simpan sendiri..) Alhamdulillah..akhirnya tercapai jugak..huhu..Tapi hnfon lama tu aku tak trade in pon..sayang ooo..banyak kenangan..hekhekhek...

Mula - mula pakai touch..agak slow jugak..al maklomla..orang da biasa type jek..huhu...Hope balik nanti mak tak bising la aku beli henfon baru yang harga RM tutttt..hahaha..sory mak..dah lame idam..xpe..lps ni insyaAllah..xde dah..ngeee...




Ini la sedikit sebanyak rupe Henfon baru saye..hekhek..

Friday 14 October 2011

Hari - hari terakhir

Fuhhh..lega..setelah hampir 2 minggu mengabdikan diri pada wad Psychiatric....akhirnya..hari ni segalanya berakhir..huhuh.tapi sebenar eh ada sedikit kesayuan di sudut hati sebab terpaksa tinggalkan patient - patient yang memang sentiasa happy go lucky kat wad tuh..especially si Rahman ngn Hanip...hukhuk..( dah mule dah..buat babak sedeh..hehe)..Encik - encik MA dengan PPK kat wad 1 ( L ) tu sume eh sporting..enjoy la keje ngan diorang..even diorang buat keje memang sempoi giler tapi ok laa..huhuh...

Tadi mase nak balik..kitorang sume babai la si Rahman..( beliau dah kene masuk Dorm A semula sebab buat hal tadi..ada ke pegi patahkan tiang untuk dragon fruit punya batas tuh...huhu) beliau menangis..kitorang cakap kitorang dah tak datang lagi dah..meleleh air mate eh...ahahaha..ala.lagipon beliau memang suka nangis..nyanyi lagu sedih sikit dah meleleh air mata..hukhuk..kesian..kadang - kadang aku tengok dia tu macam ada bipolar pon ye jugak..mood berubah - ubah..hmm..ntah la..tapi yang aku tahu..keje wad PSY memang enjoy giler!! best!!huhuhuh

HIDOP PSY!!!=D

Thursday 13 October 2011

Masalah..problemo..

Huhh..selagi presentation untuk research tuh tak settle..selagi tuh hati aku ni tak tenang..Hmm..kenapa la aku yang kene jadi ketua sem ni..padahal budak - budak ni bukan nak dengar cakap aku  pon..sabau jela..balik - balik akuu....jugak yang kene bang bang boom ngan puan...penat la jiwa raga aku ni kene berhadapan dengan mereka tau tak..tired dalam bahasa Sankrit..huuuhhhhh.....

Jiwa aku memang tak tenang la sepanjang sem ni tau tak..aku PENATT!! menci..menci..semuanya aku yang kene...diorang tak..buleh duduk rehat..relax..tak payah peningkan kepala pikir apa - apa..sumpah! aku benci jadi ketua!!!

Nak dijadikan cerita..tadi aku pergi la jumpa Pn Azmah nak cakap pasal prep tuh...Aku bagitau la Sabtu Ahad ni kitorang tak buleh buat sebab nak siapkan research..dan dan pulak si R bukan nama sebenar menyampuk.."Ala, tak payah buat prep..budak 2009 kan semua dah pandai..semua dean list.." Perrggh!!! agak kepanasan telingaku mendengar di situ..Pada pandangan aku..kata - kata beliau itu satu pujian yang berunsurkan kemengANJINGan..hak tuiihh!! pigidah lu..kitorang nak mintak buat simuasi elok - elok tak buat..kata ada kerja la..anak nak exam la..macam C**** la kata - katamu itu..padahal dengan grup lain ada pulak masa ngko nak buat ek..tak pe..tak pe..ada ubi ada batas..ada kerepek ubi lagi sedap makan..( ehh..pe bende plak aku meraban nih..) ahh..lantak la...asalkan peribahasa aku tak mendatangkan unsur - unsur kemengANJINGan..hahahaha!!! ada aku kisah...korang ade??



ok..ini adalah anjing yang tergolong dalam spesis haiwan...manakala kemengANJINGan pula tergolong dalam spesis perkataan..harap u olls dapat bezakan ok! 

Monday 10 October 2011

Al Kisah PSY Lelaki..

Haaa..hari ni hari first aku keje kat wad PSY ( L ).. Huhh..macam - macam..Jujur..mula - mula masuk kitorang dihidangkan dengan aksi ganas dari patient yang duduk dalam Dorm A, si Zali dengan si Rahman...Cuak ya amat tak payah citer la..tak tau la ape punca diorang mengganas...nasib baik ramai time tu..doktor ada, MA ada, student Nilai pon ade..so, tahap kecuakan tu berkurang sikit la..Meh aku kenalkan korang dengan patient - patient aku kat wad tu..

1) Hanip
- nama sebenar dia Mohd Hanif..kitorang just call dia Hanip je..Lagi mesra..errkk..mesra ke???mesra la kott..heheh..Muda lagi budak ni umur baru 14 thn.. dia ada schizo..kesian kan..muda - muda lagi dah ada masalah mental..tak silap aku, dia memang ada family history mental illness..Aku suka dengar time dia bercakap sebab dia buleh ingat no. plat kenderaan semua orang yang dia kenal.." Pakcik Aman..ala, yang selalu datang sini bagi biskut tu la..yang naik kete JFU 3143 tu.." ntah ye ntah tidak..kitorang ye kan jela..huhu

2) Pakcik Turimah
- pakcik ni orang first aku, Ainab ngn Kak Hanis interbiu time kitorang datang tadi..huhu..dia cter la pasal sejarah hidup dia..dia dulu keje TUDM..bawak jet pejuang..pertahankan tanah air..hohhoho..mulia sungguh hati pakcik..Dia ni pon kes schizo..ikut cerita dalam BHT dia, relatives dia amek duit pencen dia..so, dia tak dapat satu sen pon..tu yang dia tertekan tu..kesian kan..  pakcik ni cakap sepanjang dia masok situ.. jarang relatives dia datang menjenguk..bila kitorang tanya pasal wife, dia cakap "Orang dah tak ingat kita, buat apa kita nak ingat dia lagi.." kata pakcik Turimah dalam nada kecewa.

3) Maliki
- brader ni umur 35 thn tp lom kawen lg..Dia masuk sini sebab ada halusinasi..mengikut cter dia, dia dgr ada orang mcm berckp dgn dia bila dia duduk sensorang.. orang tu selalu ikut dia..dia jadi rimas.Dia pon ada aggresive behaviour jugak mula - mula dulu..tapi aku tengok brader sorang ni mcm ok je..siap buleh pegi solat lagi..just kdg2 tu jela..dia mcm dekat dlm dunia dia sendiri..dulu dia army tapi skrg tak lagi..Mengikut cter dlm BHT dia, dulu mse thn 2000, masa dia dlm army, ada bom meletup so, effect kat tympanic membrane dia. Tympanic membrane dia pecah..maybe sebab tu kot dia ada halusinasi..wallahualam..kesian kan..

4) Zali
- ni umur dia 26 thn. Dia ni agak bahaya sikit la sebab dia ada high libido..hukhuk..kadang2 bila dia datang dekat, cepat2 aku jauhkan diri..nak selamatkan diri poiitt..hahahatakut pon ye jugak..dia asal nye tadi dok dalam Dorm A tu dgn si Rahman..bergaduh ngn si Rahman siap angkat2 katil lagi..nasib baik tak kene kawan tu..berderau darah aku tengok diorang bergaduh tadi..huhuh....dia ni pon schizo..

5) Rahman
- dia ni tua 2 thn dari Zali..(28 thn)..Dia ni la yang jadi mangsa keganasan si Zali tadi..mane tak nye..memekak la, menjerit - jerit la, gegarkan grill tu..bising..sape tahan..kitorang ni pon fed up..hikhik..dah macam - macam ubat yang MA tu bagi tapi semua tak jalan..tapi tadi masa minum petang, ada PPK tu bukak kan tgn dia yang kena restrain tuh..bersihkan sikit badan dia..pastu bagi dia makan..kesian dia..dari tengahari tadi lagi kott tak makan..pastu bari tengok dia ok..tak bising - bising lagi..dia ni pulak diagnosis dia relapse schizo..

6) Pakcik Razak
- pakcik ni muka macam Kazar..ape?sape Kazar??laa..korang tak kenal Kazar?? kesian betol..buta seni amat..hahaha..Kazar tu pelakon tv tu la..yg ada berlakon dlm cter kanak - kanak Pangkin Atok tuh..haaa..da ingat??bagus - bagus..short term memory loss betol la korang ni..huhhuhu..pakcik ni suka bahasakan diri dia 'abang'..hahaha..kitorang ye kan jela..malas nak layan..hakhak..lagi satu dia ni buleh dikatakan sebagai supplier rokok la kat dalam wad tu..tadi dia cakap ngan pkcik Osman tu.." Man, ko  nak rokok tak, 3 batang?? Kalau nak urut kaki aku" Dan dan pulak si pakcik Osman tu bagai lembu dicucuk hidong..ikot je..hahaha..klakar la diorang sume..

Ok la..aku malas nak type banyak2..ramai lagi sebenar eh..tapi malas dah menguasai diri la..huhu..kalau nak kenal lagi rapat lagi..meh la dtg Hosp Muar..buat lawatan ke wad Psychiatric..huhu..

*Sori..gambar tak ade sebab tak buleh diupload kerana sebab musabab yang buleh diterima akal. Sekian..

Sunday 9 October 2011

Al Kisah PSY Perempuan..

 Yeahh!!itu  dia!! setelah berjaya mendapat kelulusan dari pihak atasan yang teratas la sangat kat kolej aku.. Akhirnya aku dan 13 orang yang lain dapat pulang ini minggu..hehehe..korang ade??Hari Jumaat hari tu mcm bse bas kul 7.15pm jadi pilihan aku, Ainab ngan Kak Cabi..sampai Seremban..Kitorang dapat balik minggu ni sebab keje divided kat PSY..hekhekhek..

Meh sini aku citer sikit pengalaman  aku selama seminggu keje at PSY (P)..Sukati korang la nak bace ke tak..aku tak pakse..kang jangan mengadu kat mak abah masing - masing lak cakap aku paksa korang bace belog aku yang merepek ni..hahahaha...okeeh..okehh..hentikan agenda kemerepekan ini sementara waktu ( mungkin ini antara simtom aku kot lepas seminggu dok ngadap orang PSY..hahaha)

Asal nye hari first kitorang menjejakkan kaki ke PSY tu..patient semua ada 3 orang jek..(Kak Ramlah Ram, Cikgu Lau dan Cikgu Susan)..Mesti korang pelik kan..kenapa ada cikgu..mintak mahap la banyak - banyak.. aku tak mampu nak jawab soalan tu..huhu..sila la tanye pada empunya diri..Sejujur dari hati nurani aku..First time masuk PSY memang aku berdebar giler..yela..mane tak nye..aku terbayang - bayang je diorang tikam aku pakai gunting dari belakang..(punye la jaoh pergi merayau imaginasi aku..huhhh..)Tapi sebenar nye mereka tak la seperti yang aku fikir..Diorang sume OK..Cikgu Lau paling best ( lebih dikenali sebagai Astro sebab kawan dengan Tee Bee Muar@ tv Muar@ Cikgu Susan)..Beliau ni seorang yang teramat kreatif.. memang banyak giler idea dia..Dia buleh ingat nama kitorang one by one..Nama aku dia boleh ingat sebab nama aku sama macam pengetua Maktab Perguruan Raja Melewar tempat dia study dulu..Dr,Siti Hawa... hahaha..ameenn...jadik doktor aku..ngeh3..(perasan nak jadi doktor..belajar malas..asyik nak berpesbuk je..kalau xde keje nak update belog je keje..update pengetahuan tak nak pulak..ni bukan masuk bakul angkat sendiri..ni masuk bakul campak kat tanah name eh...huhu)

Si Tee Bee Muar@ Cikgu Susan ni pulak jenis nak orang dengar cakap dia je..cakap orang dia tak nak dengar..tu yang menyebabkan kitorang kadang - kadang malas nak layan beliau tuh..Tinggal je dia sorang - sorang..hahaha!! ( kejam giler baii..) Kak Ramlah plak mase awal - awal dia tak nak campur ngan kitorang sangat..Dia lagi suka tidur tak pun buat hal sendiri.Kitorang mula - mula pon takut gak nak tegur beliau..tapi dah 2 - 3 hari tu dia ok dah..siap boleh bagi kitorang tengok gambar anak beliau betunang lagi..pas tu bagi kitorang bisnes kad beliau..huhu..syokk ooo bisnes Kak Ram ni..buleh ingatkan pada kematian..huhu.. Pasttu masuk pulak home leave..Kak Wan..dia admit sebab tgn dia tremors..mybe sebab kesan dari makan ubat kot..Kak Wan pon ok..relax je..

Hari Khamis hari tu Kak Ram discaj sebab doktor kata dia dak okeyy..Jumaat plak Kak Wan ngn Cikgu Lau doktor bagi Home Leave sebab tengok keadaan diorang dah ok sikit..Gembira kitorang tengok diorang semua boleh balik rumah..rase bebas je tengok diorang..Tinggal la si TV Muar tu sensorang kat wad..Kesian.. tapi nak buat mcm mne..dia sendiri tak ade usaha nak pulihkan keadaan dia..

*info : Home Leave tu maksudnye diorang macam dibagi cuti la..boleh balik rumah tapi lepas tempoh tertentu contohnya 2 - 3 hari diorang kene datang admit ward semula.Sepanjang diorang Home Leave, ahli  keluarga kene selalu kol hospital la bagitau perkembangan patient kat umah..Agak - agak diorang mengganas tu..kene la hantar masok wad semula..Ada paham??ngeee...

Next week..(esok je pon..) masuk PSY (L) plak..ini lagi membuatkan jantung aku berdetak kencang.. yela..mane tak nye..hari tu aku pergi orientasi,tengok keadaan diorang pon aku da gerun..budak - budak ni citer ada yang suke bogel..haaaa!!!tidak!! abes la..aku dpt tgk free show..hahahaha!! diorang yang suka bogel - bogel ni selalunya yang high libido..yang amek dadah la..yang tengah lalok la senang cakap.. Hishh..ni semua la nih....berderau plak darah aku..dah la kat wad tu tak de staff pompuan..sume lelaki..adoiiyaiii..
Ya Allah..Engkau permudahkanlah urusan pekerjaan aku dan rakan - rakanku yang lain..ameenn..=)