Labels

AKA (1)

Monday 21 January 2013

Realiti Misi...

Salam dan Salam Sejahtera...

Well, well, well..sape cakap jadi misi ni keje senang? agak mencabar la jugak woo..Kalau orang tengok misi ni duduk kat kaunter then cakap kitorang ni duduk saje tak buat keje, anda semua silap. Sangat silap. Anda memang tak nampak apa yang kami buat sebenar eh bila kami duduk tu. Kadang kala kami hanya duduk sekejap untuk melepaskan penat setelah hampir 10 jam bekerja secara berdiri kat dalam wad. Anda semua tak tau yang kami sebenarnya tengah isi form untuk patient punya temujanji jumpa doktor la, form untuk rujukan patient ke unit lain mcm fisio ke, dietition ke hape ke untuk kebaikan patient, kami tengah isi form untuk pesan ubatan dan makanan bagi memastikan patient kami dapat ubatan yang sepatutnya dan makanan yang mencukupi la. Tapi, apa yang anda nampak dan apa yang anda tahu hanya komen, komen dan komen. Kritik, kritik dan kritik. Aduan, aduan dan aduan.

Wahai anda-anda di luar sana, kami jugak manusia biasa yang ada hati dan perasaan, yang ada rasa lapar, dahaga dan ada rasa ingin berkumuh. Kami juga manusia biasa yang kadang-kala ade buat silap, terlepas pandang, terlupa dan segala yang ter... Tapi kami cuba sedaya upaya untuk bagi yang terbaik untuk patient-patient kami sebab kami nak tengok patient yang kami rawat tu, yang masuk dalam keadaan tak sedarkan diri, dengan GCS hanya 4 atau 5 dari Red Zone, yang masuk dengan ventilator, yang masuk dalam keadaan tenat, yang masuk dalam keadaan BP tinggi mencanak-canak, yang masuk dengan on IVI Inotrope segala jenis, dapat balik ke rumah dalam keadaan sihat walafiat, tersenyum dan dah buleh jalankan aktiviti harian macam normal.

Kadang-kadang bila pesakit DM makan bende-bende manis, pastu bila check, Reflo pulak mencanak-canak tinggi, Doktor salahkan Misi sebab tak pantau patient. Padahal, misi awal-awal lagi dah bagitau patient tentang nasihat pemakanan, tapi sebab patient yang taknak dengar cakap, nak jugak makan rojak, nak jugak makan cendol, misi jugak yang kena. Hmm..tak apelah..ape nak buat, dah keje misi cenggini. Kadang-kadang bila misi cakap elok-elok dengan patient, "Pakcik, pakcik tak boleh turun dari katil ni, keadaan pakcik lemah, nanti pakcik jatuh, cedera nanti." Patient tetap jugak taknak dengar cakap misi. nak turun jugak, walaupun ada pagar kiri kanan katil. Bila dah jatuh, family salahkan misi sebab tak tengok patient, doktor salahkan misi sebab tak tengok patient, dan misi jugak yang kene tulis Incident Reporting sebab patient jatuh. Hmm..nasib la misi...

 Bila patient dah sihat walafiat, siap dah buleh berlari dan doktor dah benarkan balik rumah, patient beriya-iya berterima kasih dekat doktor sebab merawat diorang. "Terima kasih la doktor, sebab dah rawat ayah saya.." "Terima kasih banyak-banyak ye doktor.." (dengan senyuman lebar) "Doktor, terima kasih banyak-banyak yee.." Diorang lupa kat misi yang jaga diorang 24/7, yang tolong lap badan diorang time demam, yang bagi ubat diorang ikut masa yang ditetapkan untuk pastikan patient cepat sembuh, yang cuci luka diorang, yang sanggup tahan lapar semata-mata untuk pastikan patient dalam keadaan baik, yang sanggup tahan telinga kene marah dengan doktor sebab patient taknak dengar cakap, misi hanya dipandang sepi. Misi tak harapkan ucapan atau penghargaan tu semua. Bila misi tengok patient dah sihat dan dah boleh balik, itu pun dah cukup puaskan hati misi. Rasa lega sebab patient yang masuk dengan ventilator dah buleh balik dengan sihat. Alhamdulillah..

#Hanya luahan hati, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia,#

Monday 7 January 2013

JONAR!

Salam dan Salam Sejahtera semua..

Hari ni aku cuti..KM atau dalam bahasa Sankskrit, Kelepasan Malam. Malam tadi wad aku aktif. Maka, bila dah aktif secara automatikanya.. admission akan masuk wad aku la.. Malam tadi ade 5 admission. Fuhh..gila amat..same je nisbah nye macam aku keje malam yang first haritu. Haritu dengan kak Suzie jugak. Kak Suzie cakap mungkin gandingan kami tak serasi..haha..ontah laa..

Malam tadi ade dua kes masuk sebab sakit jantung. Yang first tu budak umur 16 tahun, TRO ACS (acute coronary syndrome) then yang 2nd plak umur 28, masuk sebab unstable angina. Encik tu MA dekat A+E.. muda-muda lagi dah kene sakit jantung..tulah, rajin sangat merokok. Haa...sekarang terima la padah kan.

Yang MA tu semalam aku bengkek jugak la dengan beliau. Masa admit tu nak masuk bilik la, nak privasi la. Tak sedar agak eh awak tu dah la sakit jantung. Kang dibuat eh kene heart attack. Haa..privasi la ngko sensorang dalam bilik nun. Haha..Pastu nak aircond la, nak kerusi malas la..macam-macam  pulak cekadak die. Sabau jela. Tapi aku tak amek port pon semalam. Malas aku nak layan. Kak Suzie je rajin melayan..haha.

Masalah eh sekarang ni sape yang memegang title JONAR tuh? aku ke? kak Suzie ke? ke Dr Fathul?? haha..masing-masing dah menunding jari je..hihi..tapi aku take it as positive laa kann..ingat pesan ade sorang ustaz dulu, patient yang masuk wad tu sebenar eh bagi pahala kat kita..ok, itu je yang mampu melegakan hati aku..hiihi

#hope so, keje malam lepas ni tak jonar lagi macam yang sebelum..huhu#