Labels

AKA (1)

Friday 24 February 2012

Berlagak nak giler...

Hari ni last keje wad 4..surgikal lelaki...keje kat wad ni best..enjoy..tak ade hal la..except sister die yang agak kacau bilau sikit..tapi ok la..2 hari terakhir aku keje nih..si Kiki tak keje same ngan kitorang...beliau keje malam..ngehh3...
Tapi..satu hal yang buatkan kepala aku berangin jek hari nih..alkisah sorang Houseman yang berlagak bagai nak gile! Baru H.O kott..dah nak meninggi hidung..tu belom jadi M.O lagi..kompem la hidong tu naik mencanak-canak tinggi eh..Ishhh...sabar jela aku..

Al kisah dia cenggini...pagi tadi lepas Specialist round (rutin harian wad, specialist akan round waktu pagi), H.O yang poyo nak giler ni nak buat wound debriment kat patient kubikel acute..so, dengan bangga nye die mintak tolong la kat kitorang (adik-adik student yang berhati mulia) ni assist dia and buat dressing sekali..kitorang pon dengan bermurah hati la nak membantu dia..prepare barang untuk dressing and so on..pastu ade la member aku ni dengan penuh sopan bertanya..." Doktor nak buat sekarang ke??" pastu si H.O yang berlagak nak giler ni dengan penuh kePOYOan di dalam dada cakap, "Tak la..aku nak buat petang karang.." menganjing dohh...kot ye pon...kalau orang dah tanye elok - elok tu..jawab elok - elok sikit buleh tak???rase macam nak luku je kepala die time tuh bile dengar die cakap macam tuh... aku tau la ko tu doktor...tapi baru H.O je kott..dah berlagak nak giler..panas dan berdesing je telinga aku dengar kata-kata beliau tuh..Fuhh..nasib bukan aku yang kene time tuh..kalau aku la..memang aku tak tolong dah..buat la ko sensorang tak payah sape-sape nak assist..ko bagus sangat kan...

Next week aku keje kat wad 3 pulak tuh...si H.O poyo tu dh la H.O ortho..mesti la ade kat wad 3...aduhh.. memang bakal menyakitkan mata aku betul la nanti ni...hishh...susah betul la nak kerja dengan orang yang berlagak nak giler ni..baru pegang jawatan rendah sikit..dah berlagak...sok kalau dah jadi specialist macam Madam Rose tu aku tak tau la..nasib baik Madam Rose dengan Miss Norly tak macam tuh....huhuhu

Friday 10 February 2012

Jika Ingin Mencari Cinta

Wahai kaum Adam, Andai mahu mencari Hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
.
Untuk Hawa Pula, Andai mahu menerima cinta Adam…
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.
3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.
Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya.
Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya??
Siapa yang tahu.. Wallahualam. :)
*copy from blog pakarcinta..