Labels

AKA (1)

Saturday 26 November 2011

Aku Masih Dara..

Ceewaahh...tajuk macam bunyik tajuk filem la pulak..hahaha..anyway dis I kopi from w.site Aku Islam..

Gadis A : “Aku masih ada dara, tak pernah bercium, pegangan tangan, bercumbuan, atau jalan-jalan berduaan dengan bukan muhrimku, dan dengan mana-mana lelaki…”
Gadis B : menjeling….. “Wei, aku percayalah…”
Gadis A : “Ya, AKU MASIH DARA!” Aku masih dara, suci 100 peratus, tidak kurang sedikit pun, aku tidak pernah “couple” seperti orang lain. Sebab aku melihat lelaki itu dari sudut bagaimana cara dia berpikir dikepalanya, bukan “cara tangan dan cara matanya” melihat aku..
Gadis B : “Bodoh la kau ni..”
Gadis A : Biar, aku lebih suka dipanggil “Bodoh” sebab bodoh itu melindungiku dari melakukan perkara-perkara “bijak” tapi sebenarnya aku sendiri TIDAK TAHU .
Gadis B : “Please lah, sekarang bukan zaman orang simpan dara lah….”
Gadis A : Ya, benar, sekarang memang bukan zamannya menyembunyikan perkara “tabu” kalau bercakap soal dara, zaman sekarang memang sudah terbuka, orang boleh bercakap dari sudut mana-mana pun, dengan pelbagai pandangan tentang “dara” ni. Silakan. Tapi sorry, tidak bagi aku ok..
Gadis B : “Oo patut la kau belum ade boyfriend…”
Gadis A : “Couple…? Aku hanya mencari suami yang boleh dijadikan kekasih, bukan kekasih yang belum tentu jadi suami
Gadis B : ” Ee.. Kau tak jeles ke tengok kami ada pasangan masing-masing? Rasa bahagia tau..”
Gadis A : “Aku lebih risaukan Allah cemburu terhadapku. Aku rasa lebih bahagia jika Allah mengasihi aku..”
Gadis B : “Kolot, Kuno, tak pandai  bergaul, Ketinggalan zaman zaman…”
Gadis A : “Takpe, aku tak kisah. Yang kata aku kolot, kuno, tak pandai  bergaul, ketinggalan zaman. Itu kan hanya dimata manusia. Dimata Allah, tidak…!”
Gadis B : “Tak payah jadi Hipokrit la..!!!”
Gadis A : “Hipokrit  itu adalah orang yang tak konsisten.. Cakap lain tapi belakang buat lain. Tapi bab menjaga keperawanan itu kewajipan!”
Gadis B : Pura-pura suci la kau nih !”
Gadis A : “Bukankah “Kesucian” seorang wanita memang harus dijaga?  Kamu perempuan adalah memang anak ayah dan ibumu, tetapi sebenarnya kamu itu juga adalah kiriman kepada suamimu daripada mereka. Jadi harus dijaga semuanya, jangan ada yang hilang. Dijaga elok – elok  sampai nanti suami mu membawamu pergi dari mereka dengan satu ikatan yang suci dan diredhai . Adakah kamu mahu nanti dituduh oleh  ayah dan ibumu tidak amanah menjaga kirimannya?”
Gadis B : grr… =.=”

Kesimpulan:
“Hidup ini pilihan dan setiap pilihan ada akibatnya, ada tanggung jawab baik dimata manusia mahupun dimata Tuhan. Kita boleh lakukan apa saja kerana itu fitrah kita sebagai manusia ingin bebas. Tetapi sebagai perempuan, alangkah indahnya kalau kita dapat menjaga KEPERAWANAN kita secara utuh, sehingga dipersatukan Allah dalam ikatan suci perkahwinan.  
Tunjang utama kebahagiaan kita bersama pasangan kita adalah kejujuran, bukan dengan “kebohongan”.


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/aku-masih-dara/#ixzz1exnhOlXD

Friday 25 November 2011

Congratulationsss!!!

Ahamdulillah..setelah mendapat berita mengejut yang mampu melemahkan urat saraf Rabu lepas di mana tarikh Farewell dan Tamat Latihan ditunda ke hari ini..setelah bertungkus lumus kesemua kami Grup Julai 2009.. akhirnya kepenatan kami berbaloi lepas dapat pujian dari semua...Alhamdulillah..syukur sangat-sangat semuanya berjalan lancar tadi...( aku jadi waitress wehh..jgn tak cayo lak..hukhuk)

Moh le kite tengok gambor yang tak berape nak ade ni yee..hehe..

Mase Tamat Latihan..

Ceria kan mereka..hehe=) senyumm...

Kak Zue berlatih utk majlis kawen nampak..hehe..

Bekderop hasil kerja tangan Vicky and de gang..

Emcee..Kak Umie and Kak Zue.. MIzah and Kak Leha sekadar penyeri di situ nampaknye..haha 



Poyo gilerr ah budak nih..huhuhu..

Mase Farewell..


Bekderop design by Kak Hanis and Kak Fiqah..

Malam sebelum kejadian..huhu^_^..cube teka aku yang mane..hakhak

Senyum lagiii...=D

Waitress Hotel Jururawat Muar..ngeh3..ade gaya..

Waitress berjaya...yang tak pakai munge tu leader nye..har.har.har (muke penat sehh..)

Ni??? Waitress?? Biar betol..hahaha..

Waitress poyo sekali lagi beraksi..=D

Makanan eden...ciken cop..sodap woo..korang ade??

Wooo..lazat amat nih...

Monday 21 November 2011

Bola..Bola...Bola...

Yeahh!!! Alhamdulillah..akhirnya kejayaan jadi milik MALAYSIA malam tadi...Syabas dan Tahniah serta jutaann dan bilionan terima kasih diucapkan kepada SKUAD HARIMAU MALAYSIA!!!!

Tak sia - sia aku bersorak sampai sakit tekak malam tadi untuk bagi sokongan kat diorang (even diorang tak dengar pon..hukhuk) Tapi aku yakin sokongan kami dari jaoh ni yang memberi semangat yang jitu untuk memperoleh kejayaan..Alhamdulillah..syukur sangat-sangat...Mase Asra masokkan gol untuk MALAYSIA kitorang rase gembira sangat tapi yang tak buleh tahan debaran time penalti laa..itu memang buatkan semua orang berdebar..Nak-nak pulak time si Fakhri tak dapat masokkan gol tu..harapan tinggal pada Apek je untuk selamatkan MALAYSIA..Alhadulillah..Apek berjaya lakukannya..

Debaran bertambah kencang bila time Kepten (Baddrol Bahtiar) pulak nak sepak penalti...Huhhh..mase tu masing-masing memang berdoa supaya bola tu masok gol...Time Baddrol sepak, keeper Indon dapat tepis tapi mungkin rezeki Malaysia untuk menang malam tadi..so, bola tu dah bergolek semula masok ke dalam gawang...Huhhhh!!!!!!!! Kitorang punye la syok..menjerit tak hengat (siap melompat lagi kot..aku le tuh antara insan-insan yang melompat semalam..hahahaha..) kat dalam bilik TV tuh..huhuhuh... Gilak betol..!!
Memang syokk la tengok semalam..tapi Refree semalam memang agak menimbulkan rasa panas jugak la di hati kitorang..Player Malaysia kene tungkai depan dia..dia boleh buat dono jek...Kalau player Indon..Fuhh.. siap bagi kad kuning lagi kat Malaysia...Tapi walau ape pon..Malaysia tetap menang malam tadi..Syabbass bethee...=D

Moh kite layan lagu semangat ni sikit..

Baru Tau Rase..

Hmmm..aku rase kejadian nih buleh jugak dikategorikan as 'Hukum Karma' kott..(ceehhh..sukati aku jek..) hehe..Setahu aku hukum karma ni adalah satu peristiwa / kejadian yang  terjadi kepada diri kita sendiri lepas apa yang kita dah buat pada orang lain..

Al Kisah...ade la seorang insan ni.. R ( ye..ini memang nama sebenar beliau..) Beliau ni telah diberi amanah as a Ketua untuk salah satu organisasi di kolej aku..as usual..kolej aku ni memang tersangat la rajin mengadakan perjumpaan...so, balik keje petang tadi aku dah alert dah..ade memo bertampal yang mengatakan ada perjumpaan petang ni pukul 5 ( yang libatkan aku jugak la sebab aku tersenarai sebagai ahli dalam organisasi tu..)

Nak dijadikan cerita..lepas mandi and badan pon dah segar niat di hati nak rehatkan minda la kan..( membute la ape lagi..har.har..) Dengan yakinnya aku set alarm..pukul 4.15..bajet nak bangun la.. Tup..tup.. tersedar pukul 5.45pm..Aku pelik la..apsal alarm aku tak berbunyi plak..aku tidor punye la nyenyak ke sampai mimpi sampai tak sedar alarm bunyi...rupenye...jeng..jeng..jeng....Ye..memang betol aku set alarm kul 4.15..tapi bukan 4.15PM..aku ter'set' 4.15AM..

Ahh..sengal..jengok-jengok luar tingkap tengok semua dah bersurai..hahhh..bagos..tak payah le pegi meeting nampak eh..kirim salam jela..hukhuk..

Pastu aku pon pegi mandi and turun makan dengan muke toye tanpa rasa bersalah menyelubungi dada..Terserempak pulak dengan si R...beliau siap tanya : " Hawa, U tau tak ada perjumpaan petang ni?? U pegi mana??" Aku pon cakap.."Tau..tapi aku tido.." Perrgghh..terbaaeekk punye jawapan..hakhak..

Mesti beliau rasa sakit hati dengan jawapan cepumas yang aku bagi tadi bukan...hahahaha..Haaaa...itulah rasenye bila aku jadi ketua dulu orang bagi alasan macam tu bila aku suruh buat something... Jahat bukan aku..Isshh..tak baik betol..ngeh3..Sekali sekala..bukan selalu pon..muahahahaha..Hawa...Hawa..=D

Saturday 19 November 2011

Hukum Beri Salam Kepada Perempuan..

Oleh: ust. salman maskuri
Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat. Dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib. Tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab.

Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242. Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:
  • Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
  • Orang yang sedang berada didalam tandas
  • Orang yang sedang makan dan minum
  • Orang yang sedang berperang
  • Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
  • Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
  • Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
  • Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
  • Orang yang sedang azan dan iqamat.
  • Orang yang sedang qada’ hajat.
  • Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
  • Orang yang sedang iqamat
  • Orang yang sedang mabuk.
  • Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
  • Orang yang sedang solat
  • Orang gila
  • Kanak-kanak
  • Orang yang mengantuk @ sedang tidur
  • Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
  • Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
  • Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…
Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.
Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.
Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.


Ketika Allah Memilihmu Untukku~~

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin aku beritahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Ibu bapa  yang begitu sempurna..
Dengan cinta yang begitu mekar..
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu aku katakan..
Saat Allah memilih mu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..
.
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka waktu itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kau pun bukanlah lelaki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan bersatu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi ‘kita’..
.
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dengan ilmuNya..
Maka genggam tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah padaNya ta’ala..
.
Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tetapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah. .
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
.
Padamu yang Allah tetapkan sebagai pelindungku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata – kata mu adalah titah untukku,
Selama tidak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah pelindung yang indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga..
Yang dadanya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkat, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
.
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke SyurgaNya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..
.
Dari Ummu Salamah, berkata, “Rasulullah SWT bersabda : “Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredhainya, maka dia akan masuk syurga.” (HR. Ahmad dan Thabrani)


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/ketika-allah-memilihmu-untukku/#ixzz1eItTPHfL