Labels

AKA (1)

Thursday 30 August 2012

M-E-R-D-E-K-A


Salam dan salam sejahtera...

Esok, 31 Ogos 2012 insyaAllah, genaplah usia 55 tahun tanah tumpah negara kita, (Malaysia) capai kemerdekaan... Tarikh-tarikh keramat cenggini..mesti ghamai pakat buat tarikh bersejarah..especially yang nak mendirikan masjid. Sebelum terlupa, tahniah kepada memberku, Cik Izzati Nurshakira yang bakal pegang title Puan esok..hehe.. congrate.. ;) maaf tak dapat nak attend..ade urusan yang tak berapa nak diuruskan la kann...hehe

M.E.R.D.E.K.A.. aku boleh dikategorikan sebagai golongan Pasca Merdeka sebab lahir 34 tahun selepas Merdeka.. (tapi mak dengan abah aku lahir sebelum Merdeka..heee)Haa..kiro..jangan tak kiro..hehe..dan aku tersangat bersyukur lahir di bumi bertuah Malaysia yang aman damai lagi permai. Bila bangun tidur pagi-pagi, bukak tingkap, terdengar kicauan burung yang indah di desa terchenta nun...huu..tak dapat bayangkan kalau negara kita Malaysia ni keadaan dia macam dekat negara-negara bergolak nun such as Palestine, Iraq, Mesir dan yang terbaru Sirya (erkk!! betul tak spelling?? macam pelik je...hihi..kalau salah..sorry mehh...)

Jujur cakap, setiap kali terdengar laungan MERDEKA! oleh  Tuanku Abd Rahman Putra al Haj tanggal 31 Ogos 1957 yang kat dalam tb tuh...tegak meremang bulu roma..tak tau apsal..gerun je dengar..nak nak plak bila dengar kisah-kisah perjuangan pahlawan-pahlawan dulu..Subhanallah..besar sungguh pengorbanan mereka menetang penjajah untuk generasi sekarang..syukur..


Tapi..kemerdekaan yang kita kecapi hampir 55 tahun ni, macam tak bagi sebarang kesan untuk generasi sekarang..bak kata bekas tentera dalam Buletin Utama tadi, generasi sekarang hanya tahu 'basuh kaki' je duduk dalam negara ni, sebab bila mereka lahir, semua dah tersedia, semua dah serba indah, semua dah serba aman, tak perlu angkat senjata untuk menentang musuh..


Kita semua memang dah Merdeka dari segi fizikal dari penjajah, tapi kadang-kadang kita tak sedar sebenarnya fikiran sesetengah daripada kita terutamanya generasi Y macam aku ni mungkin masih lagi 'terjajah' dengan ideologi Barat. Semua ke arah 'sana'...pakaiannya, muziknya, perlakuannya and so on..       ( termasuklah aku yang kadang-kadang alpa, yang kadang-kadang leka, dan kadang-kadang tak gheti bersyukur dengan nikmat kurniaan Ilahi..)

Bersyukur dengan nikmat Ilahi dan berusaha mengekalkan keamanan yang ada. Ingat, atok-atok dengan uwan-uwan kita nak dapatkan kebebasan dulu bukan semudah buat air sirap. Ehh..air sirap pon susah nak buat la kalau sirapnye pon takde...nak-nak plak time air kene catu..hahaha!

#Salam Merdeka 2012, peace,, ^_^#


Thursday 2 August 2012

al Kisah Jayy Pii Jayy...

Salam dan Salam sejahtera semua....

Tersebutlah kisah satu peristiwa di pagi Jumaat 3 Ogos 2012 yang mulia dan indah permaii... Hari ni aku test JPJ...huhuhuh....cuak gilerr!!! aku jadi orang no.8..gilakk la..
Mula-mula buat bukit..tayar memang masuk dalam line kuning tuh tapi bile nak jalan ke depan..mengundur plak deh...ahh..sudah...nasib baik aku sempat brek and tayar tu tak keluar banyak daripada garisan...
Fuhhh...nasib lepas...hohohoho...

Then aku pi parking plak..sepatutnya kita kene pass borang tu pada Encek JPJ tu dulu...tapi aku main bedalll je...dah nak buat three point baru aku bagi borang..Encik tu cakap.."Kenapa sekarang baru nak bagi?? awak dah buat parking belom??" "errmm..dah encik..maaf la encik...saye nak buat lagi sekali boleh encik??" "Haa..takpe..takpe...sambung je terus.." Fuhhh..lagi sekali terselamat...aku dah terbayang aku fail je tadi..huhu..

Sampai Three point JPJ pompuan lak yang jage...(selalu orang cakap JPJ pompuan ni garang..) Haahhh..memang ye pon..nasib baik la aku tak buat ape-ape yang menimbulkan kemarahan tadi..hukhuk..alhamdulillah bahagian II pass...Nextt....

Bahagian III @ jalan raye la plak...adusss!! ni yang aku paling cuak skali nih...masuk je terus bagi salam..
"Assalammualaikum encikk.."
"Waalaikumsalam..Hmm belajar lagi ke dik??"
" Ehh..tak la..dah habis belajar dah.." (sambil-sambil tu betulkan cermin, adjust tempat duduk..)
"Hmm...belajar ape?"
" Ermm...nursing..err..maaf encik..tumpang lalu.." (nak betulkan side mirror kiri)
" Eh..xpe..saye tolong...haa..nampak tak??"
"Nampak..nampak...hee"
"Ok, kalau awak buat ok, takde masalah pape..InsyaAllah boleh.."
" InsyaAllah.." sahutku perlahan..huhu..
"Dah ready?? jom.."

Dan bermula la..perjalanan aku...
Tibe-tibe sampai kat ade satu bumper tinggi..geddeeeganngg!!! aku lunggah..hahaha..
"Allah..maaf encik...hehe"
"Hmm..takpe..awak sepatutnya guna gear rendah sikit tadi..."
"Ohh..ok.."

Dan akhirnya sampai la aku ke pintu masuk Metro Driving Academy...rase-rase macam lulus tapi..tak taulahh...huhu
"Hmm..lulus tak encik?" (perrgghh!! berani giler aku bertanye...heee)
" Kalau saya yang bawak balik kereta ni tadi..tak lulus la awak.."
"Hehehe..ok..terima kasih encik.."
"Ok, sama-sama.."

Alhamdulillah..tamat sudah pembelajaran driving aku..dan alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi aku lulus..
Syukur....^_^


Yeaahhh!! di sini lah tempatnyaa....hehehe...