Thursday, 30 August 2012
M-E-R-D-E-K-A
Salam dan salam sejahtera...
Esok, 31 Ogos 2012 insyaAllah, genaplah usia 55 tahun tanah tumpah negara kita, (Malaysia) capai kemerdekaan... Tarikh-tarikh keramat cenggini..mesti ghamai pakat buat tarikh bersejarah..especially yang nak mendirikan masjid. Sebelum terlupa, tahniah kepada memberku, Cik Izzati Nurshakira yang bakal pegang title Puan esok..hehe.. congrate.. ;) maaf tak dapat nak attend..ade urusan yang tak berapa nak diuruskan la kann...hehe
M.E.R.D.E.K.A.. aku boleh dikategorikan sebagai golongan Pasca Merdeka sebab lahir 34 tahun selepas Merdeka.. (tapi mak dengan abah aku lahir sebelum Merdeka..heee)Haa..kiro..jangan tak kiro..hehe..dan aku tersangat bersyukur lahir di bumi bertuah Malaysia yang aman damai lagi permai. Bila bangun tidur pagi-pagi, bukak tingkap, terdengar kicauan burung yang indah di desa terchenta nun...huu..tak dapat bayangkan kalau negara kita Malaysia ni keadaan dia macam dekat negara-negara bergolak nun such as Palestine, Iraq, Mesir dan yang terbaru Sirya (erkk!! betul tak spelling?? macam pelik je...hihi..kalau salah..sorry mehh...)
Jujur cakap, setiap kali terdengar laungan MERDEKA! oleh Tuanku Abd Rahman Putra al Haj tanggal 31 Ogos 1957 yang kat dalam tb tuh...tegak meremang bulu roma..tak tau apsal..gerun je dengar..nak nak plak bila dengar kisah-kisah perjuangan pahlawan-pahlawan dulu..Subhanallah..besar sungguh pengorbanan mereka menetang penjajah untuk generasi sekarang..syukur..
Tapi..kemerdekaan yang kita kecapi hampir 55 tahun ni, macam tak bagi sebarang kesan untuk generasi sekarang..bak kata bekas tentera dalam Buletin Utama tadi, generasi sekarang hanya tahu 'basuh kaki' je duduk dalam negara ni, sebab bila mereka lahir, semua dah tersedia, semua dah serba indah, semua dah serba aman, tak perlu angkat senjata untuk menentang musuh..
Kita semua memang dah Merdeka dari segi fizikal dari penjajah, tapi kadang-kadang kita tak sedar sebenarnya fikiran sesetengah daripada kita terutamanya generasi Y macam aku ni mungkin masih lagi 'terjajah' dengan ideologi Barat. Semua ke arah 'sana'...pakaiannya, muziknya, perlakuannya and so on.. ( termasuklah aku yang kadang-kadang alpa, yang kadang-kadang leka, dan kadang-kadang tak gheti bersyukur dengan nikmat kurniaan Ilahi..)
Bersyukur dengan nikmat Ilahi dan berusaha mengekalkan keamanan yang ada. Ingat, atok-atok dengan uwan-uwan kita nak dapatkan kebebasan dulu bukan semudah buat air sirap. Ehh..air sirap pon susah nak buat la kalau sirapnye pon takde...nak-nak plak time air kene catu..hahaha!
#Salam Merdeka 2012, peace,, ^_^#
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment