Labels

AKA (1)

Tuesday, 6 August 2013

ghayo...ghayo..

Salam dan Salam Sejahtera semua...

2 hari lagi nak ghayo weiii..haha! bunyi macam dapat ghayo sakan je tahun ni..tak dapekk derr.. alhamdulillah..syukran..dapat cuti untuk raya 2nd..syukur la nak..dapat gak merasa cuti time ghayo..hiks!
raya 1st syip petang malii..hadapkan saje..heh..kami sedia membantu la katakan..(sedia la sangat..cehh :P )

Haritu ada seorang hamba Allah ni nak mintak aku buatkan malam beliau..katenye nak balik kampung..deii..dia ingat dia sorang je nak balik kampung?? sungguhpon den ni orang pilah..nak jugak balik kampung beraya bersama keluarga..ceewahh..apaa?? ingat orang bujang tak nak ghayo?? apakahh?? abeh tu baju ghayo yang dah dibeli nye puunn tu bila masa nak pakai?? time graduasi tadika anak eh nanti?? haha.. appaa daa.. masalah eh sekarang ni..dia yang request roster dia macam tu..tapi bila roster dah keluar tak nak follow pulaks..apehall?? haihh..dah la tu..nak suruh aku yang baik hati ni buat dabal syip..petang and malam di hari raya pertama..haiyoohhh..dah la aku dapat cuti untuk raya 2nd tu je..dan cuti seterusnyee menyusul di hari raya ke 8 nanti (kueh ghayo dah abes..aku baru nak cuti..alfonso de albuqaque sungguh..haha) dah kalau aku keje malam raya 1st tu..kompem dan pasti mesti aku akan tido punyee lepas balik keje keesokan harinyee..dah la time tu wad aktif maa..dibuat eh admission berduyun tak ke haru acik?? bila masa plak nak pi beraya ke rumah sanak saudara..haa...amekkau...keluar bahasa sastera aye...hihi

#Anyway, ampun dan mahap la ye...tak dapek acik nak nolong..hihi..renung-renungkan dan selamat beraya..#

selamat hari raya..mahap zahir dan batin... :) 
nah..pantun ghayo negeri2 malaysia..klik gambar untuk tumbesaran.. :D



Monday, 8 April 2013

Rimas.

Salam dan Salam Sejahtera..

Huiishh..dah agak lama jugak tak jenguk-jenguk blog usang nih..heh! Nothing to share la..saje je nak menconteng..buhsan..hee...

Almost 6 bulan dah keje as a staff nurse..dan aku..masih cenggini..sape-sape yang betul-betul kenal aku, akan paham la aku ni macam mana sbenar eh orangnye..bukan lah peramah sangat, but yes, i'm a little bit pendiam..sebab apa?? sebab aku rasa tak da mende yang aku perlu cakap..aku cakap pon PRN je, so agak ghamai jugak la yang komplen aku ni diam je...is it a big problemo?? for me not! but for them maybe yes la..maybe some of them agak tenshen jugak la bila berhadapan dengan aku yang diam tidak berkutik ni..orang cakap kadang-kadang aku buat donno je..bukan aku tak dengar..yes, aku dengar tapi i don't know how to respond..

Nak-nak plak bila dengan doktor, aku ni jujur aku cakap aku memang tak suka dengan doktor..all type of them selagi kat pangkal nama memasing ada DR...so, aku memang agak allergik..i don't know why, tapi aku memang dari zaman student dulu lagi memang agak allergik la dengan kaum yang berkot putih tu..huhu

Aku ni macam yang aku cakap tadi, bukan la someone yang pandai berborak, gelak-gelak...dekat wad, aku buleh buat camtu dengan sorang je, Izati, member seangkatan aku..tu pon not always la..kadang-kadang je kot sebab aku jarang dapat same syif dengan beliau...that's why aku tak suka jadi incas..tak kira la belakang ke depan sebab kalau incas, mesti kene selalu berhubung dengan doktor dan aku memang tak suka..rimas!!

Entah la, aku pon tak tau apa nak jadi..aku sedar yang keje macam aku ni memang akan senantiasa berhadapan dengan makhluk berkot putih tu tapi aku seboleh-boleh cuba nak elak daripada berinteraksi dengan mereka-mereka nun...

Huuuu..gwa rindu nak jadi budak skolahh!!! eheh! tetiba..

Monday, 21 January 2013

Realiti Misi...

Salam dan Salam Sejahtera...

Well, well, well..sape cakap jadi misi ni keje senang? agak mencabar la jugak woo..Kalau orang tengok misi ni duduk kat kaunter then cakap kitorang ni duduk saje tak buat keje, anda semua silap. Sangat silap. Anda memang tak nampak apa yang kami buat sebenar eh bila kami duduk tu. Kadang kala kami hanya duduk sekejap untuk melepaskan penat setelah hampir 10 jam bekerja secara berdiri kat dalam wad. Anda semua tak tau yang kami sebenarnya tengah isi form untuk patient punya temujanji jumpa doktor la, form untuk rujukan patient ke unit lain mcm fisio ke, dietition ke hape ke untuk kebaikan patient, kami tengah isi form untuk pesan ubatan dan makanan bagi memastikan patient kami dapat ubatan yang sepatutnya dan makanan yang mencukupi la. Tapi, apa yang anda nampak dan apa yang anda tahu hanya komen, komen dan komen. Kritik, kritik dan kritik. Aduan, aduan dan aduan.

Wahai anda-anda di luar sana, kami jugak manusia biasa yang ada hati dan perasaan, yang ada rasa lapar, dahaga dan ada rasa ingin berkumuh. Kami juga manusia biasa yang kadang-kala ade buat silap, terlepas pandang, terlupa dan segala yang ter... Tapi kami cuba sedaya upaya untuk bagi yang terbaik untuk patient-patient kami sebab kami nak tengok patient yang kami rawat tu, yang masuk dalam keadaan tak sedarkan diri, dengan GCS hanya 4 atau 5 dari Red Zone, yang masuk dengan ventilator, yang masuk dalam keadaan tenat, yang masuk dalam keadaan BP tinggi mencanak-canak, yang masuk dengan on IVI Inotrope segala jenis, dapat balik ke rumah dalam keadaan sihat walafiat, tersenyum dan dah buleh jalankan aktiviti harian macam normal.

Kadang-kadang bila pesakit DM makan bende-bende manis, pastu bila check, Reflo pulak mencanak-canak tinggi, Doktor salahkan Misi sebab tak pantau patient. Padahal, misi awal-awal lagi dah bagitau patient tentang nasihat pemakanan, tapi sebab patient yang taknak dengar cakap, nak jugak makan rojak, nak jugak makan cendol, misi jugak yang kena. Hmm..tak apelah..ape nak buat, dah keje misi cenggini. Kadang-kadang bila misi cakap elok-elok dengan patient, "Pakcik, pakcik tak boleh turun dari katil ni, keadaan pakcik lemah, nanti pakcik jatuh, cedera nanti." Patient tetap jugak taknak dengar cakap misi. nak turun jugak, walaupun ada pagar kiri kanan katil. Bila dah jatuh, family salahkan misi sebab tak tengok patient, doktor salahkan misi sebab tak tengok patient, dan misi jugak yang kene tulis Incident Reporting sebab patient jatuh. Hmm..nasib la misi...

 Bila patient dah sihat walafiat, siap dah buleh berlari dan doktor dah benarkan balik rumah, patient beriya-iya berterima kasih dekat doktor sebab merawat diorang. "Terima kasih la doktor, sebab dah rawat ayah saya.." "Terima kasih banyak-banyak ye doktor.." (dengan senyuman lebar) "Doktor, terima kasih banyak-banyak yee.." Diorang lupa kat misi yang jaga diorang 24/7, yang tolong lap badan diorang time demam, yang bagi ubat diorang ikut masa yang ditetapkan untuk pastikan patient cepat sembuh, yang cuci luka diorang, yang sanggup tahan lapar semata-mata untuk pastikan patient dalam keadaan baik, yang sanggup tahan telinga kene marah dengan doktor sebab patient taknak dengar cakap, misi hanya dipandang sepi. Misi tak harapkan ucapan atau penghargaan tu semua. Bila misi tengok patient dah sihat dan dah boleh balik, itu pun dah cukup puaskan hati misi. Rasa lega sebab patient yang masuk dengan ventilator dah buleh balik dengan sihat. Alhamdulillah..

#Hanya luahan hati, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia,#

Monday, 7 January 2013

JONAR!

Salam dan Salam Sejahtera semua..

Hari ni aku cuti..KM atau dalam bahasa Sankskrit, Kelepasan Malam. Malam tadi wad aku aktif. Maka, bila dah aktif secara automatikanya.. admission akan masuk wad aku la.. Malam tadi ade 5 admission. Fuhh..gila amat..same je nisbah nye macam aku keje malam yang first haritu. Haritu dengan kak Suzie jugak. Kak Suzie cakap mungkin gandingan kami tak serasi..haha..ontah laa..

Malam tadi ade dua kes masuk sebab sakit jantung. Yang first tu budak umur 16 tahun, TRO ACS (acute coronary syndrome) then yang 2nd plak umur 28, masuk sebab unstable angina. Encik tu MA dekat A+E.. muda-muda lagi dah kene sakit jantung..tulah, rajin sangat merokok. Haa...sekarang terima la padah kan.

Yang MA tu semalam aku bengkek jugak la dengan beliau. Masa admit tu nak masuk bilik la, nak privasi la. Tak sedar agak eh awak tu dah la sakit jantung. Kang dibuat eh kene heart attack. Haa..privasi la ngko sensorang dalam bilik nun. Haha..Pastu nak aircond la, nak kerusi malas la..macam-macam  pulak cekadak die. Sabau jela. Tapi aku tak amek port pon semalam. Malas aku nak layan. Kak Suzie je rajin melayan..haha.

Masalah eh sekarang ni sape yang memegang title JONAR tuh? aku ke? kak Suzie ke? ke Dr Fathul?? haha..masing-masing dah menunding jari je..hihi..tapi aku take it as positive laa kann..ingat pesan ade sorang ustaz dulu, patient yang masuk wad tu sebenar eh bagi pahala kat kita..ok, itu je yang mampu melegakan hati aku..hiihi

#hope so, keje malam lepas ni tak jonar lagi macam yang sebelum..huhu#

Monday, 24 December 2012

Malu berganda.

Salam dan Salam sejahtera..

Waarrghh!! hari ni aku malu ganda 2! semua gelabah punye pasal.haha..Cenggini cite die..cecite..cecite..
Tadi lepas hantar abang aku pi keje, aku drive la round-round kampung. tengok-tengok keadaan minyak dah macam di tahap kritikal. So, aku pon mengambil keputusan yang drastik untuk ke Pekan Batu Kikir untuk mengisi minyak nye punn adoiiyaii...hehe (nasib baik bawak purse)

Then, bila dah isi minyak, aku masok le dalam kete, nak mulakan perjalanan..biasa la kan, kalau sape-sape yang kenal aku ni, aku ni memang slow motion sikit (al maklomlah, orang berpesonaliti type B, yang cool dan ala-ala tenang gituu) hihi. Then, tiba-tiba baru aku perasan ade kancil kat belakang aku tengah tunggu turn merangkap tengah nak tunggu aku blah. Aku tengok brader tu dah sengih-sengih je kat aku. Mesti dia pikir, pompuan, memang lambat! haha! sory la brader, tarak perasan maa..hikhik.. :D

Malu ganda yang kedua plak, lepas isi minyak, aku ke hypermarket (ni bukan jual market eh..haha) untuk beli barang sikit..Masa nak balik, kereta yang park sebelah kete aku ni plak alahaii..dekaattt sangat dengan kete aku. Aku ni dah la lemah sikit bab nak riverse-merivers ni..kang kalo aku rivers kete aku yang calar aku takde hal..masalah kalo kene kete orang kang panjang plak cerita die..adoiiyaii..hamba Allah mane la yang park cenggini plak ni..Nak tak nak aku terpaksa la riverse jugak. Takkan nak tunggu kott..mase aku riverse tu, sikit je lagi nak kene kete orang tu, nasib baik la ade brader yang dalam kete tu tadi tolong aku bagi arahan..semua orang kat kaunter tu pandang, sampai yang diorang pon tolong bagi arahan sekali, "patah lagi, patah lagi.." kate sorang pakcik tu..huhu..fuhh!! alhamdulillah..tengs brader..jasamu dikenang..hehe

Sebelum dia tolong aku tadi, sempat lagi dia tanya aku, "First time bawak kete eh kak??" Aku pon angguk jela..malu gilerr siot..mesti orang pikir, budak pompuan ni, bawak kete pon tak tau..huhu..adoiiyaii..malu..malu..

Friday, 21 December 2012

Kentang lenyek.

Salam dan Salam Sejahtera eberibady..

Huh! Lama gile kentang lenyek aku tak menghapdate kan belog ini nye punn adoiiyaii terr berr..bukan hape, malas menguasai diri..syaiton banyak..hihi.anyway, hari ni aku keje syip malam tapi mata masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu lelap.it's ok, it's orait, layankan aje.heh.

Malam ni malam first woo aku keje malam semenjak aku bergelar misi nih.Time student dulu cite lain la kann..nme pon student. hari tu ade keje malam, tu pon satu malam je kott sebab aku pool nurse atau lebih mesra dengan panggilan on call malam.hehe.

Semalam aku keje pagi, pastu aku datang la kat katil sorang pakcik ni nak tulis report nursing sikit. (incas memang kene banyak menulis ye untuk makluman semua) hehe..pastu pakcik  tu tiba-tiba tanya aku.. "Hawa dah kawen ke?" "Belom cik," jawabku sopan.eceecehh..!!! : D "Dah ade calon?" "Belom" "Dah carik belom?" "Belom," "Pakcik carikan nak tak??" "Errkk! hehe, tak pela pakcik.." aigoo pakcik ni siap nak carikan calon untuk aku plak..haha..klakar la plak..hikhik..macam-macam ragam aku jumpe..kadang-kadang tu sampai tak terlayan..tapi syok je melayan kerenah patients daripada melayan kerenah staff kt wad tu yang macam hape je perangai masing-masing. Ade yang ok tu, ok la kann..tapi ade yang  cam hampeh tu aku malas nak layan..haha. Biarkan mereka dan labu-labunya...

Macam semalam, ade sorang hamba Allah tu (staff) mintak kat aku diet sheet untuk nak hantar kat dapur. then aku isi la ape yang patot..aku cakap kat dia, tunggu kejap sebab aku nak betulkan numbering mende alah tu, dah lari, nanti salah bagi diet plak kat patients. Pastu aku ni memang tak penah isi mende alah tu, then agak lampi la di situ kann..aku tanya la, mane yang aku tak tau, nak buat camane bagai..(orang tak tau mesti mau tanya la kann..takkan nak berlagak pandai plak, karang kalo salah lagi parah..) buleh plak die cakap, "Isi la ni, takkan itu pon nak keje ajar." Ummanggai...berasap je telinga aku dengar. Mungkin niat dia untuk berguarau but seriously, THAT'S NOT FUNNY!

So, aku memang agak berBULU jugek la dengan insan yang dah bergelar senior tapi  berlagak nak mati dengan kitorang yang junior ni..memang habes aku sumpahkan dalam hati (dalam hati jela mampu..huhu)
So, aku memang kene banyak bersabar la lepas ni..in sya Allah.. Haritu ade meeting ward, aku ade dengar sister cakap bulan January ni maybe ade re-shuffle lagi..yabedabeduuu!!! mintak-mintak la aku kene shuffle pegi wad lama aku dulu (wad 1) amiinn..(korang..tolong aminn kan pliss...hehe ;)



Saturday, 24 November 2012

Line Biru..


Salam dan Salam Sejahtera..

Semenjak dah pakai line biru atas kepala ni, semua orang bantai panggil aku 'akak'.Pakcik yang umor 50an tu pon panggil aku akak, budak student pon panggil aku akak ( tu kire ok lagi laa ) doktor pon bedal panggil aku akak jugek..hailaa..just ade certain2 doktor je tau umo aku br 21, diorang just panggil name.. Oh noo..pliss..muke aku nampak 'akak' sangat ke?? tidak!! nehi!! never!! tapi bila dipikir balik, mungkin ye jugak kott..sebab honestly, aku memang jarang senyum..entah la..bukan spesis terancam kedekut senyum, tapi memang takde orang yang aku nak senyum gumbira...dengan pt pon ade certain2 je..takkan la aku nak tersengih macam kerang busuk je kot..kang orang kate aku nih ting-tong plak..hailaa...

                                    maybe sometimes I need to do like this..just to smile..heh. :)

Hmm..almost 2 weeks aku keje wad baru ni (wad 3). Sofa sogud laa..tapi kadang-kadang tu pedih ulu hati jugak la melayan kerenah doktor yang macam-macam (especially MO) la..yg HO setakat hari ni buleh diterima lagi la kerenah diorang..tak tau la bila dah up jadi MO nanti, diorang pon semacam tu jugak, wallahualam..tapi kita ni as kuli terhormat, ikotkan jela kate mereka, nak melawan kang memang takk la kann.. sape la kita ni nak melawan..huhu..

Macam kes 2 hari lepas...pt tu NBM (puasa) untuk buat ultrasound KUB..so, aku nak bagi ubat untuk 4pm punye..aku tanya la senior aku, buleh tak bagi pt tu makan ubat tapi dengan air ciput..(sebab ade certain pt buleh mn ubat dengan air ciput) senior aku cakap cer tanye doktor..kebetulan doktor HO tu tengah diskus dengan MO apek tu..aku tanye la..pastu buleh plak MO apek tu cakap: "U baru eh?? mesti U baru kan..kenapa tak tanya U penye senior laa??" ek enna apek ni...aku tanye sebab ko tuh DOKTOR...kalau ko tu Sinar Jernih takde makne la aku nak tanya.. bertanya salah, kang kalau tak tanya salah jugak..haihh.. -.-'

Aku time tu just jawab dalam hati jela...assobarun minal iman sungguh! That's why la antara faktor mempradisos aku tak suka doktor..all type of doctors..menyampah je..kadang-kadang tu kalau buleh aku memang taknak bercakap langsung dengan doktor..bercakap pon PRN je.. tapi dah keje macam aku ni memang kena always communicate dengan doktor, hadapkan jelaa..

#go..go..Hawa! #